Pagi ni nak kongsi chees brownies yang saya dah buat..dah beberapa kali dah buat brownies ni. Memang sedapppp!!!hehehe..Menjadi kegemaran dan pujaan anak2..sebelum ni buat juga hantaran untuk orang bertunang..ehem2..Resepi brownies ni saya amik dari kak rinnchan punya fotopages. Tapi saya letak topping chees..saje ubah coz anak suka letak chees.
Begini la rupanya brownies yang saya potong guna pisau je, tak sama saiz, hehehe...



Bahan-bahan
1 cawan butter, cairkan
1 cawan serbuk koko
1 3/4 ke 2 cawan gula kastor - ikut kemanisan yang kita suka
1 1/2 tsp vanilla
4 biji telor
1 1/3 tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam halus
1 cawan pelbagai kacang - ikut kita nak letak apa2 kacang ya
Cara-cara
1. Di dalam 1 bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko
2. Masukkan gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati
3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yang telah
diayak bersama
4. Akhir sekali masukkan kacang yang telah digaul sedikit dengan tepung
5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar di dalam oven yang telah
dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 175c dan bakar selama 30-40 min
bergantung kepada oven masing-masing ya
Yang ni saya tambah...
Yang ni saya tambah...
Topping chees
250g cream chees
1/2 cawan gula kastor - bergantung kepada kemanisan yg kita suka
1 biji telur
esen vanilla
Pukul cream chees + gula hingga sedikit kembang, masukkan telur+ esen vanilla dan pukul hingga rata.
Setelah brownies masak, kita tuangkan adunan chees dan bakar dalam 10-15 min. Pastikan suhu oven diturunkan untuk mengelakkan chees hangit..
Selamat mencuba..