Wednesday, December 14, 2011

Chees Brownies nyummm...

Assalammualaikum..

Pagi ni nak kongsi chees brownies yang saya dah buat..dah beberapa kali dah buat brownies ni. Memang sedapppp!!!hehehe..Menjadi kegemaran dan pujaan anak2..sebelum ni buat juga hantaran untuk orang bertunang..ehem2..Resepi brownies ni saya amik dari kak rinnchan punya fotopages. Tapi saya letak topping chees..saje ubah coz anak suka letak chees.

Begini la rupanya brownies yang saya potong guna pisau je, tak sama saiz, hehehe...

Yang ni baru siap dibakar...ada nampak kesan terbakar lak tapi bukan hangus tau..yang camni baru sedap dimakan..tapi ikut selera masing2..ada yang tak suka chees tu garing, ada yang suka. ikut selera kita kan..


Kalau nak tau rupa asalnya seperti gambar dibawah ni la...ni lps kita masak brownies baru la letak topping chees dan jalur tu ikut kreativiti masing2 ya..saya ni tak brape seni, maka jadi begitula rupanya, hehehe.Mari2 kita tengok resepinya pula...Minta izin kak rinnchan ya untuk letak resepi di sini..



Bahan-bahan


1 cawan butter, cairkan

1 cawan serbuk koko

1 3/4 ke 2 cawan gula kastor - ikut kemanisan yang kita suka

1 1/2 tsp vanilla

4 biji telor

1 1/3 tepung gandum

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam halus

1 cawan pelbagai kacang - ikut kita nak letak apa2 kacang ya




Cara-cara


1. Di dalam 1 bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko

2. Masukkan gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati

3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yang telah

diayak bersama

4. Akhir sekali masukkan kacang yang telah digaul sedikit dengan tepung

5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar di dalam oven yang telah

dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 175c dan bakar selama 30-40 min

bergantung kepada oven masing-masing ya

Yang ni saya tambah...



Topping chees



250g cream chees

1/2 cawan gula kastor - bergantung kepada kemanisan yg kita suka

1 biji telur

esen vanilla



Pukul cream chees + gula hingga sedikit kembang, masukkan telur+ esen vanilla dan pukul hingga rata.



Setelah brownies masak, kita tuangkan adunan chees dan bakar dalam 10-15 min. Pastikan suhu oven diturunkan untuk mengelakkan chees hangit..




Selamat mencuba..























































No comments:

Post a Comment