Wednesday, December 14, 2011

Chees Brownies nyummm...

Assalammualaikum..

Pagi ni nak kongsi chees brownies yang saya dah buat..dah beberapa kali dah buat brownies ni. Memang sedapppp!!!hehehe..Menjadi kegemaran dan pujaan anak2..sebelum ni buat juga hantaran untuk orang bertunang..ehem2..Resepi brownies ni saya amik dari kak rinnchan punya fotopages. Tapi saya letak topping chees..saje ubah coz anak suka letak chees.

Begini la rupanya brownies yang saya potong guna pisau je, tak sama saiz, hehehe...

Yang ni baru siap dibakar...ada nampak kesan terbakar lak tapi bukan hangus tau..yang camni baru sedap dimakan..tapi ikut selera masing2..ada yang tak suka chees tu garing, ada yang suka. ikut selera kita kan..


Kalau nak tau rupa asalnya seperti gambar dibawah ni la...ni lps kita masak brownies baru la letak topping chees dan jalur tu ikut kreativiti masing2 ya..saya ni tak brape seni, maka jadi begitula rupanya, hehehe.Mari2 kita tengok resepinya pula...Minta izin kak rinnchan ya untuk letak resepi di sini..



Bahan-bahan


1 cawan butter, cairkan

1 cawan serbuk koko

1 3/4 ke 2 cawan gula kastor - ikut kemanisan yang kita suka

1 1/2 tsp vanilla

4 biji telor

1 1/3 tepung gandum

1 tsp baking powder

1/2 tsp garam halus

1 cawan pelbagai kacang - ikut kita nak letak apa2 kacang ya




Cara-cara


1. Di dalam 1 bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko

2. Masukkan gula, telur dan esen vanilla. Kacau hingga sebati

3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yang telah

diayak bersama

4. Akhir sekali masukkan kacang yang telah digaul sedikit dengan tepung

5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar di dalam oven yang telah

dipanaskan selama 15 minit dengan suhu 175c dan bakar selama 30-40 min

bergantung kepada oven masing-masing ya

Yang ni saya tambah...



Topping chees



250g cream chees

1/2 cawan gula kastor - bergantung kepada kemanisan yg kita suka

1 biji telur

esen vanilla



Pukul cream chees + gula hingga sedikit kembang, masukkan telur+ esen vanilla dan pukul hingga rata.



Setelah brownies masak, kita tuangkan adunan chees dan bakar dalam 10-15 min. Pastikan suhu oven diturunkan untuk mengelakkan chees hangit..




Selamat mencuba..























































Tuesday, December 13, 2011

Velvet Cake ku....

Assalammualaikum.



Jeng5x..kita tutup cerita apam..kita buka cerita kek lak ya..ni nak tayang kek yang saya dh buat. Kek ni byk dah blogger2 lain buat, cuma saya je baru berkesempatan buat. Resepi kek ni saya skodeng dari dapur hana. Saya buat versi kek dan juga cup cake. Jom kita lihat gambarnya..

ni dah letak topping..

ni baru lepas keluar oven..panas..panas..panas..heheh
ni siap untuk dimasukkan dalam oven..

ni versi kek...comot deconya..tapi takpe, yang penting rasanya..nyum2..


Puas tengok gambar kita tengok lak resepinya...minta kongsi resepinya ya Hana..



Bahan Kek


250g tepung kek *
1/2 sk garam *
15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113g @ 1/2 cawan butter
160g gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
1sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat



#Buttermilk...caranya 240ml susu segar+1sudu makan cuka. biarkan selama 10-15 minit, kemudian letakkan pewarna merah, kacau agar warna sekata.




Cara-cara

1. pukul butter+gula hingga pucat, kemudian masukkan telur satu persatu

2. masukkan bahan ayak tadi berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3kali, letak

esen vanila dan pukul rata

3. campurkan cuka dengan soda bikarbonat (cepat2 gaul), kemudian campurkan

pada adunan kek tadi, hanya kaup balik sehingga sekata.

4. panaskan oven pada suhu 170c selama 15min

5. masukkan adunan kedalam loyang yang telah digriskan dan bakar selama 30-40

min.


Cream Cheese Frosting

250g cream cheese
227 mascarpone - saya ganti butter
115g @ 1 cawan gula kastor -saya letak 1/2 cawan



Letakkan topping bila kek benar2 sejuk...selamat mencuba..

Bersambung lagi...

Assalammualaikum...

Ahamdulillah kita masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hidup di dunia ini. Moga hidup kita sentiasa dibawah lindungan Allah dan keredhaan-Nya..Amin...

Hari ni nak kongsi kisah apam lagi, hehehe...ini semua koleksi2 yang saya dah buat sebelum2 ni.. Untuk pengetahuan, resepi2 yang saya cuba saya dapatkan daripada blog2 yang saya follow umpamanya blog kak ita, blog hana, blog kak Hasue, blog Dapur Tanpa Sempadan dan byk lagi...tapi ada jg saya ubah2 skit resepi yang ada, hehehe...ampuuuunnnnnn...

Haaa...comei tak apam ni???resepi saya ambil dari blog Hana cuma saya ubah penampilan dia, ok tak? dari dot2 tiba2 ada mata lak, hehe...apa2 pun anak2 suka bila dah ditukar rupa ni..bukan je anak, mak anak pun jadi teruja..:-p



Kalau nak tau macam mana dapat rupa tu...kat bawah ni la...kita kena ada 3 warna. Warna asal untuk buat dot matanya, merah untuk badan dan hitam untuk dot2 dan kepala... tapi kan..cuba tengok color tu bkn hitam tapi coklat..huhu..bkn salah saya tau tp kedai..tulis hitam tapi bila bancuh jadi coklat...waaaaaaa..sib baik ok gak.


Apam oren..ni pun saya ubah2 skit resepinya..idea asal dari kak Ita..harap kak Ita tak marah ya...apam ni saya buat untuk jamuan di opis...




Cuba teka nape dia warna warni?? Dapat agak ke tak?? tak dapat??? hehehe..yang ni saya letak coloring rice..dah namanya apam, bila kita kukus, coloring rice tu kembang la, huhu..saje cuba2..
Takat ni dulu cerita tentang apam...pasni kita cerita pasal kek dan brownies lak...jangan kemana2...kita ikuti sambungannya kemudian, hehe..








Wednesday, December 7, 2011

Aduhhhhhh...bz ke????huhu..

Assalammualaikum...

Aduhhhh..macam2 benda la dah start keja semula ni, huhu...tapi takpe...dah keja namanya kan???terpaksa rela la...ni macam dah bosan je...apalagi.............release tension la jap ya..hehehe..

Hari ni nak share gambar2 yang saya dah buat masa pregnant dulu...rajin tauuuuu,hehe..almaklumlah anak pompuan..Alhamdulillah...


Jom2..kita cuci mata..klau tak lawa ke, tak cantik ke, tak cute ke....kita layan je la ya....


Ni apam polkadot yang comei2 tu....masa ni buat coz nak bagi kat adik angkat..spesel
nihhh




Ni lak apam beras..apam ni untuk jamuan taman...tak letak kelapa lagi ni...saje buat 3 color, meriah sikit..cik abg kata ada orang puji apam ni sedap..ehem2..,hehehe..mula la kembang tu..:)-p..






Yang ni versi letak kelapa parut...nyummmmmm..




Ni lak kelapa kering yang dalam peket...masa ni takde stok kelapa parut, huhu..










Apam versi sesuka ati..saje suka2...ni kukus guna acuan lompang..

Apam yang ni lak versi apam pelangi...cute tak???



Amacam??terhibur tak dengan gambar2 ni?ada lagi nak kongsi gambar apam yang saya dah buat..tapi nanti ya kita tengok...